Ratu irama Bollywood Lata Mangeshkar kini stabil
Iklan
NEW DELHI - Penyanyi tersohor Bollywood Lata Mangeshkar dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan.
"Keadaan beliau kritikal tapi bertambah baik, masih berada di unit rawatan intensif ICU dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Memerlukan sedikit masa untuk pulih," lapor agensi berita PTI memetik sumber hospital pada Rabu.