Nyaris maut kereta rempuh tiang elektrik

Iklan
Kereta dipandu seorang lelaki terbabas sebelum merempuh tiang elektrik.

SABAK BERNAM - Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Kampung Teluk Rhu di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pengusaha trak tunda.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota polis yang menerima maklumat kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mangsa hanya mengalami luka dan dikejarkan ke HTAJ (Hospital Tengku Ampuan Jemaah) Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini maklumat lanjut mengenai kejadian masih dalam siasatan," katanya.