Polis Kuala Lumpur kesan saksi kes bunuh

Iklan
Navin dikesan bagi bantu siasatan kes bunuh yang berlaku pada 2017.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur mengesan seorang saksi bagi membantu kes perbicaraan di mahkamah.

Menurut satu kenyataan hari ini, saksi berkenaan dikenali sebagai G Navin, 21, beralamat terakhir di Jalan Ayer Keroh, Ayer Panas, Kuala Lumpur dipercayai dapat membantu siasatan kes bunuh yang berlaku pada 2017.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju Asisten Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly di talian 017-2446363 dan 03-92899222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Norhelmie Noorzan di talian 017-4585792 dan 03-92050357.

"Selain itu orang ramai juga boleh menghubungi talian Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan