Rakyat Sabah digalak mohon program usahawan-Agro Muda
Iklan
Junz Wong
KOTA KINABALU – Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Sabah, Datuk Junz Wong mengajak usahawan muda agar tampil dan memanfaatkan Program Bantuan Kerajaan bagi Usahawan-Agro Muda.
Beliau menggalakkan rakyat Sabah agar aktif menyahut program kerajaan itu yang bertujuan untuk membantu penggiat pertanian.
Iklan
Iklan
"Jangan ragu-ragu untuk datang ke Mafi bagi mendapatkan bantuan, kami sanggup untuk membantu penggiat pertanian untuk mencapai matlamat mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Program Bantuan Usahawan-Agro Muda 2019 adalah bantuan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), menyasarkan rakyat Malaysia berumur antara 18-40 tahun, mampu membaca, menulis dan mengira.
Iklan
Di bawah program ini pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria seperti untuk memulakan projek baru dan perlu menghadiri program latihan teknikal anjuran atau sijil oleh MOA.
Untuk pemegang sijil, diploma atau ijazah tidak perlu melalui latihan teknikal berkenaan.
Iklan
Wong berkata, pemohon yang berjaya mengikuti Progran Bantuan Usahawan-Agro Muda 2019 akan diberi bantuan sekali dalam seumur hidup dan keutamaan kepada aktiviti pertanian.
Permohonan bantuan berkenaan akan mula dibuka dari 1-31 Jan untuk fasa 1, 1-31 Mei bagi fasa kedua dan 1-30 Sept untuk fasa ketiga.
Borang permohonan boleh didapati dengan melayari www.moa.gov.my/agropreneur-muda.- Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.