Loji Rawatan Air Selangor terjejas 744 kali sejak 2008

Iklan
Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian

SHAH ALAM - Pencemaran yang menjejaskan saluran bekalan air terawat mengakibatkan Loji Rawatan Air di Selangor dihenti tugas sebanyak 744 kali sejak 2008 sehingga tahun ini.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, antara lokasi terlibat ialah Sungai Bernam, Sungai Gombak, Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Semenyih, Sungai Selisek dan Ampang Intake.

Iklan
Iklan

Menurutnya antara punca antara punca yang mengakibatkan kerja henti tugas ialah tumpahan minyak dan diesel membabitkan 35 kes manakala pelepasan ‘effluen’ dari kilang, kawasan perindustrian dan loji kumbahan pula 51 kes serta 19 kes membabitkan ammonia dan mangenese yang tinggi dalam air mentah.

"Punca peningkatan kekeruhan air mentah semasa hujan lebat kerana kerja tanah tidak terkawal pula sebanyak 599 kes dan lain-lain membabitkan 40 kes,” katanya pada sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini ketika menjawab soalan Chua Wei Kiat (PKR-Rawang).

Iklan

Katanya, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mengimbangi pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber air.

"Antara usaha yang dijalankan termasuk mewartakan semua tujuh empangan serta 413 sungai di negeri ini bagi melindungi sungai dan rizab daripada gangguan kepada kuantiti, kualiti dan persekitarannya.

Iklan

"Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan," katanya.