Nahas dua lori, seorang maut tersepit
Iklan
TANJUNG MALIM - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya melanggar sebuah lori muatan barang runcit di Kilometer 373.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Slim River di sini malam tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 12.30 malam itu, Mohd Tomari Mohd Jaka, 37, yang beralamat di Batu Pahat, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.