Malaysia ambil langkah betulkan pihak berkuasa penerbangan

Iklan
Dr Mahathir (tengah) ketika sesi sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di Yayasan Perdana hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengambil langkah perlu jika terdapat apa-apa yang salah dengan pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya mengenai laporan bahawa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) telah menurunkan penarafan keselamatan ruang udara Malaysia, Dr Mahathir berkata, beliau tidak tahu mengenai butirannya dan akan menelitinya dan 'mahu tahu kenapa'.

Iklan
Iklan

"Kami akan betulkan keadaan supaya seluruh dunia akan menghormati pihak berkuasa penerbangan Malaysia," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

Menurut laporan Reuters FAA telah menurunkan penarafan keselamatan ruang udara Malaysia melarang syarikat penerbangan negara itu daripada menambah penerbangan ke Amerika Syarikat.

Iklan

Menurut laporan itu penarafan Malaysia telah diturunkan ke Kategori 2.

Ditanya sama ada beliau dimaklumkan berhubung penurunan penarafan itu, Dr Mahathir berkata:"Tidak, saya tidak dimaklumkan." - Bernama

Iklan