PH Perak digesa ketepi agenda politik

Iklan
Abdul Yunus melihat produk inovasi yang dihasilkan pelajar UiTM Cawangan Perak di sini ketika merasmikan New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) anjuran FAMA Perak di Seri Iskandar di sini hari ini.

SERI ISKANDAR - Semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) Perak digesa mengetepikan kepentingan peribadi dan agenda politik masing-masing dalam memastikan pentadbiran kerajaan Perak berjalan lancar.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata, tumpuan harus diberikan terhadap usaha membantu rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua Exco kerajaan Perak bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bekerja dengan baik untuk memastikan pentadbiran berjalan lancar.

"Kita di Perak ini sejak tahun 2008 latar belakang politik di Perak ini sama sehingga sekarang ini. Baik PH, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN). Sejak tiga PRU lalu kemenangan itu sangat tipis. Oleh kerana itu banyak pihak mengambil kesempatan menimbulkan keadaan tidak menentu.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penularan video Ahmad Faizal mengatakan beliau berseorangan melawan DAP dalam usaha membantu agama dan bangsa Melayu di Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Klip video MB Perak cetus tanda tanya

Iklan

MB Perak nafi ada masalah dengan DAP

Abdul Yunus berkata, mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu tidak harus disia-siakan.

Ditanya mengenai hubungan antara ahli-ahli exco kerajaan Perak yang lain beliau berkata, semua dalam keadaan baik.

"Kerjasama Exco kerajaan Perak sejak penubuhan kerajaan selepas PRU14 yang lepas saya rasa tak ada masalah. Kita bekerjasama dengan baik.

"Setiap minggu tanpa gagal kita mengadakan mesyuarat exco. Kerajaan Perak berjalan dengan baik. Mungkin video itu jadi isu sebab bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai," katanya.

Sebelum ini video berdurasi 6:26 yang tular itu mencetuskan kontroversi selain mendapat perhatian pimpinan utama PH.