'Jangan mudah termakan janji PH'

Iklan
Chai Ann

KANGAR - Pengerusi MCA Perlis, Teh Chai Aan menasihatkan pengundi di Tanjung Piai agar tidak mudah termakan janji manis ditawarkan Pakatan Harapan (PH).

Chai Aan berkata demikian memandangkan masih banyak manifesto PH yang gagal ditunaikan meskipun 18 bulan mentadbir negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PH masih tidak menunjukkan inisiatif bagi memperbaiki kejatuhan saham mahupun komoditi utama dan ringgit, sebaliknya terus mencipta helah dengan menyalahkan kerajaan lama.

"Kerajaan PH masih gagal untuk membangunkan negara. Mereka (PH) hanya tahu menipu rakyat.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai kelak mampu memberi isyarat kebangkitan semula MCA.

Sehubungan itu, Chai Aan turut mengharapkan semua pengundi dapat menunaikan kewajipan bagi menyekat kemaraan PH di Parlimen berkenaan.

Iklan

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, daripada Bersatu pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK Tanjung Piai pada 12 November, manakala hari mengundi 16 November ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 tahun lalu, Allahyarham Md Farid memenangi kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru memperoleh 21,254 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN) dan Nordin Othman (Pas) dengan majoriti 524 undi.