Pakej rangsangan ekonomi jika ekonomi global terus lembap
Iklan
Guan Eng - Foto Bernama
PONTIAN - Kerajaan mungkin mempertimbang untuk mewujudkan pakej rangsangan ekonomi sekiranya keadaan ekonomi global menjadi lebih lembap pada tahun depan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu pernah dibincangkan pada mesyuarat Kabinet sebelum dan selepas pembentangan Belanjawan 2020.
Iklan
Iklan
"Sebenarnya saya pernah sebut bahawa kita akan berikan ruang sekiranya keadaan ekonomi dunia menjadi lebih lembap.
"Kita akan pastikan ruang untuk rancakkan ekonomi sepertimana disebut oleh (Menteri Dalam Negeri) Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu satu pakej rangsangan ekonomi.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin pada dua hari lepas agar kerajaan mewujudkan satu pakej rangsangan ekonomi pada tahun hadapan bagi merancakkan kegiatan ekonomi setempat susulan keadaan ekonomi global yang lembap ketika ini.
Mengulas selanjutnya, Guan Eng berkata, bagi Belanjawan 2020, kerajaan sudah pun mengumumkan pakej rangsangan mini menerusi e-dompet iaitu rakyat yang menjadi ahli insentif itu diberi RM30 (sekali bayar secara digital) untuk membeli-belah dalam usaha mengalakkan masyarakat tanpa wang tunai.
Iklan
"Ini dianggarkan kira-kira RM500 juta dan ini pun satu pakej rangsangan. Jadi bila kita bincang dengan pihak swasta yang mungkin akan mengusahakan program ini (e-dompet), mungkin ada berita baik lagi. Jadi ini untuk dua bulan pertama dan mungkin ada lebih yang saya sebutkan RM500 juta untuk dibelanjakan rakyat.
"Sekiranya keadaan menjadi lebih lembap di peringkat dunia, maka kita ada ruang dan sudah buat persediaan,” kata beliau, ketika ditanya mengenai saiz pakej rangsangan ekonomi yang boleh dipertimbangkan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>