Lapan rakan baik hadiah kunci pendua rumah

Iklan
Paparan Instagram Olivia.

ENGLAND - Seorang remaja terharu apabila lapan rakan baiknya menghadiahkan kunci pendua rumah mereka kepadanya sekiranya dia memerlukan bahu untuk bersandar bagi melepaskan rasa sedih selepas kehilangan ibu tersayang.

Olivia Mahone, 18, dari Cumbria hilang tempat bergantung selepas kematian ibunya akibat penyakit kanser.

Iklan
Iklan

Memetik laporan Metro.co.uk, gadis itu boleh pergi ke rumah salah seorang rakannya jika dia berasa sunyi dan memerlukan teman untuk meluahkan perasaan.

Menerusi kiriman status di Instagram miliknya, Olivia begitu terkejut dan terharu apabila membuka kotak hadiah yang diberikan oleh semua sahabatnya itu.

Iklan

"Apa yang saya dah lakukan sehingga saya mempunyai sahabat-sahabat yang hebat seperti ini? Mereka semua berhati mulia dan saya akan lemah tanpa mereka,” katanya.

Sahabat-sahabatnya yang bernama Izzy, Emylia, Anna, Charlotte, Mia, Bella, Maya dan Morgan juga menulis satu kad yang memberi semangat kepada Olivia dan memberitahu bahawa pintu rumah mereka sentiasa terbuka untuknya.

Iklan

Ibu Olivia meninggal dunia ketika usia 46 tahun pada bulan Jun tahun ini disebabkan kanser Uterine Sarcoma tahap empat.

Setelah melihat hadiah dan sokongan yang diperolehnya dari sahabatnya, Olivia juga memuat naik gambar di Twitter hingga tular.

Rakan-rakannya turut menciap Twitter Olivia dan memberitahu mereka sayangkannya.