[VIDEO] Tiga bot beroperasi di jeti haram di Tanjung Kling disita
Iklan
Benteng pemecah ombak yang didakwa dirosakkan syarikat itu di Kampung Hailam.
MELAKA TENGAH - [DIKEMASKINI] Tiga bot digunakan oleh sebuah syarikat perkhidmatan bot yang mengubah suai benteng pemecah ombak menjadi jeti, disita dalam Operasi Khas Laut Dalam di Tanjung Kling, di sini malam tadi.
Bot yang disewa daripada sebuah syarikat bot di Johor itu bukan sahaja didakwa menceroboh tanah kerajaan untuk digunakan sebagai jeti haram malah penyebab berlakunya kerosakan pada benteng tersebut.
Iklan
Iklan
Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, tindakan menyita bot terpaksa diambil selepas syarikat berkenaan tidak mengendahkan beberapa amaran dan peringatan oleh Pejabat Tanah Daerah Melaka Tengah sebelum ini.
Menurutnya, tindakan menceroboh tanah kerajaan itu bukan sahaja menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian namun menyebabkan nelayan turut mendapat impak negatif.
Iklan
"Sejak dua tahun lalu syarikat ini beroperasi dengan menjadikan benteng sebagai jeti haram sama ada untuk mengangkut barang mahupun penumpang ke kapal di laut.
Beliau berkata, benteng tersebut dibina bagi membantu golongan nelayan namun mereka didakwa telah mengambil kesempatan hinggakan pagar yang telah dikunci Pejabat Tanah Daerah Melaka Tengah sejak beberapa bulan lalu turut dibuka dan diceroboh.
Iklan
Dalam perkembangan lain, Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu memandang serius masalah nelayan yang masih tidak memiliki lesen dan akan berusaha membantu mendapatkannya termasuk perjumpaan bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub agar nasib mereka mendapat pembelaan.
"Setakat ini Jabatan Perikanan Melaka telah menerima 207 permohonan lesen, namun 70 nelayan yang didapati menangkap ikan lebih 10 tahun jadi saya berharap kementerian dapat meluluskan permohonan mereka secepat mungkin," katanya.
Operasi yang bermula jam 5 petang dan berakhir jam 2 pagi itu turut disertai Jabatan Perikanan, Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut, dan Pejabat Daerah Melaka Tengah.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796689/edisi/melaka-ns/mb-sahkan-proklamasi-penurunan-takhta-tuanku-muhriz-diputuskan-semua-exco-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.