Belum ada jumlah tepat pekerja Media Prima, NSTP diberhentikan

Iklan

KUALA LUMPUR - Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan NSTP, Farah Marshita Abdul Patah menafikan khabar angin berhubung pemberhentian 1,500 pekerja syarikat Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) seperti yang ditularkan di media sosial.

Beliau berkata, masih belum ada jumlah tepat pekerja syarikat itu akan diberhentikan dalam tempoh terdekat.

Iklan
Iklan

Jelas Farah, sesi dialog awam hari ini juga adalah untuk memberi penerangan kepada semua kakitangan mengenai pemberhentian kerja yang akan dilakukan pada suku pertama tahun hadapan, seperti yang dimaklumkan menerusi Facebook rasmi NUJ NSTP 1 November lepas.

Beliau berkata, ia akan melibatkan semua jabatan di syarikat terbabit dan bukannya tertumpu kepada satu bahagian sahaja.

Iklan

Media Prima memiliki 100 peratus kepentingan ekuiti dalam TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Kumpulan itu juga adalah pemilik The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, penerbit terbesar tiga akhbar nasional Malaysia - New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Dalam pada itu Farah berkata, surat pemberhentian kerja akan dikeluarkan seawal bulan hadapan.

Iklan

Pada 1 November lalu, syarikat media gergasi tanah air itu mengumumkan akan melaksanakan transformasi perniagaan dan penstrukturan semula dalaman yang dijangka selesai pada suku pertama 2020.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Media Prima memberi jaminan akan memastikan kesemua warga kerja yang terjejas ekoran daripada usaha transformasi itu, menerima pakej pampasan yang adil dan saksama. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Media Prima kurangkan pekerja tahun depan