Video momen lucu Tun M berselfie dengan isteri

Iklan
Tun Mahathir dan isteri

KUALA LUMPUR – Video momen lucu dan comel Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali yang cuba berselfie menarik perhatian netizen petang semalam.

Dalam video yang dimuat naik di Facebook Kelab Che Det itu, Dr Mahahir tersilap apabila tetapan kamera telefonnya ketika itu bukanlah pada mode gambar sebalikya video.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman video tanpa sengaja berdurasi 10 saat itu, Siti Hasmah dilihat sedang duduk sebelum diajak berselfie bersama oleh Dr Mahathir

"Tak nampak nie, ok berdiri,” ujar Dr Mahathir kepada isterinya.

Iklan

Siti Hasmah yang terpinga-pinga ketika itu lalu bertanya,” Apa dia?.

Gelagat lucu dan kemesraan pasangan itu mencuit hati ramai netizen.

Iklan

Bagaimanapun, Dr Mahathir berjaya juga bergambar selfie dengan Tun Hasmah selepas itu.

Foto selfie comel mereka kemudian dimuat naik di Instagram, Chedetofficial dengan kapsyen,"One for the new year”