Mujahid ucap takziah kepada keluarga mangsa

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan insiden terbabit.

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar lelaki sebuah maahad tahfiz di Lanchang, Temerloh yang maut semalam.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dan kecewa apabila pihak polis turut menemui kesan lebam pada badan mangsa yang baru berusia tujuh tahun itu.

Iklan
Iklan

"Saya rasa sungguh sedih apabila anak yang baru berusia tujuh tahun, baru hendak mengenal dunia menjadi mangsa.

"Saya percaya pada kecekapan pihak polis dan berharap agar hasil siasatan yang dijalankan dapat mengetahui punca kematian anak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tahfiz mati dipercayai dipukul

'Tengkuk, kaki dia sejuk'

Iklan

Mujahid turut mengingatkan ibu bapa agar menghantar anak mereka ke pusat tahfiz atau sekolah pondok berdaftar.

Menurutnya, ia bagi memudahkan kerajaan serta jabatan agama Islam negeri memantau segala kegiatan kokurikulum serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan di pusat berkenaan agar mengikut piawaian demi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin.