Sumbangan Yayasan Petronas pembakar semangat murid luar bandar

Iklan
Wan Mohd Hasnan (belakang, kiri) bersama Hanifa (belakang, kanan) bersama murid-murid yang menerima sumbangan pada Program BTS 2019.

PASIR MAS - Program Back to School (BTS) Yayasan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) menjadi pemangkin kepada badan berkenaan membangunkan modal insan dalam kalangan murid di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, usaha itu secara tidak langsung turut membantu meningkatkan pencapaian akademik murid di kawasan berkenaan sekali gus menjadikan mereka lebih berdaya saing.

Iklan
Iklan

"Dengan tujuan supaya mereka mampu mengubahkan kehidupan di masa depan melalui pendidikan," katanya pada penyerahan bantuan Program BTS 2019 yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas semalam.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad.

Iklan

Menurutnya, seramai 800 murid dari lebih 20 sekolah rendah terpilih di negeri ini bakal menerima kelengkapan sekolah untuk sesi akademik tahun depan.

Sebahagian daripada murid yang menerima bantuan semasa Program BTS 2019 yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas.

Katanya, sumbangan itu diagihkan beberapa lokasi berasingan seperti Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu.

Iklan

"Sumbangan ini merupakan usaha berterusan syarikat yang bertujuan meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan.

Wan Mohd Hasnan berkata, setiap penerima terdiri daripada golongan keluarga berpendapatan rendah (B40).

Katanya, setiap daripada mereka akan menerima kelengkapan persekolahan seperti beg galas, botol minuman, baju hujan, alat tulis, dua pasang pakaian seragam sekolah dan sepasang stoking serta kasut.

"Program ini merupakan sebahagian daripada fokus Yayasan Petronas kepada aspek kesejahteraan komuniti dan pembangunan dengan menyediakan keperluan sara hidup dan membina keyakinan diri," katanya.