Zakat hanya untuk orang Islam - ZPP
Iklan
BUKIT MERTAJAM - Pengagihan zakat di Pulau Pinang hanya akan diberikan kepada umat Islam di negeri ini termasuk golongan mualaf.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Amran Hazali berkata, walaupun ada pandangan lain yang mengatakan zakat boleh diberikan kepada orang bukan Islam bagi tujuan mendekatkan mereka kepada Islam, namun pihaknya bertindak selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 2006 yang menetapkan bantuan zakat hanya boleh diagihkan kepada orang Islam sahaja.