Harga minyak: Tingkatkan pemantauan, kawalan
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu meningkatkan pemantauan, pengawalan dan penguatkusaan susulan pengapungan semula harga bahan api.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagi memastikan harga barangan dan perkhidmatan dalam pasaran berada pada paras sepatutnya.
Iklan
Iklan
"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang telah mengumumkan harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi tempoh 5 hingga 11 Januari ini masing-masing RM1.93, RM2.23 dan RM2.04 seliter pada petang ini. Walaupun sebelum ini pengguna dijanjikan dengan harga yang lebih rendah iaitu RM1.91 bagi RON95.
"Margin Pengusaha Stesen Minyak yang diselaraskan kepada 15 sen bagi petrol 10 sen bagi diesel juga diharapkan menjadi penyelesaian menang-menang kepada pengusaha stesen minyak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Iklan
Berkuatkuasa mulai tengah malam ini, harga runcit bagi minyak petrol RON95 diturunkan daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter, manakala hargaruncit diesel diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.
Harga RON97 pula diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter bagi tempoh mulai esok sehingga 11 Januari ini.
Iklan
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>