Revolusi Redmi Note 8 Pro

Iklan
ALLEN (tujuh dari kanan) bersama rakan strategik menunjukkan siri Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro yang baharu.

INOVASI teknologi telefon pintar, Redmi Note 8 Pro mencetuskan satu revolusi baharu dalam industri gajet apabila merintis produk berkeupayaan tinggi dengan harga mampu milik.

Perkembangan inovasi telefon pintar pada kadar luar biasa itu membuktikan kesungguhan syarikat elektronik gergasi China, Xiaomi untuk menjadi antara pemain utama pentas teknologi moden.

Iklan
Iklan

Pengurus Negara Xiaomi Malaysia dan Singapura, Allen An berkata, Xiaomi sentiasa berada di barisan hadapan dalam menerajui kemajuan teknologi yang sedia ada untuk dimiliki orang ramai.

"Sejak membuka pasaran di Malaysia, Xiaomi telah menjadi pemimpin industri dalam mempamerkan produk inovatif dengan kemampuan yang tinggi.

Iklan

"Daripada rangkaian telefon pintar kepada pelbagai peranti ekosistemnya, Xiaomi merupakan salah satu pemain utama di pentas teknologi moden,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Redmi Note 8 Pro di EX8 Subang Jaya Industrial Estate, Selangor baru-baru ini.

Iklan
DUTA yang juga artis terkenal, Airil Zafrel (tiga dari kiri) memeriahkan Majlis Pelancaran Redmi Note 8 Pro di EX8 Subang Jaya Industrial Estate, Selangor baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai kekuatan produk Xiaomi dalam pasaran dunia, Allen menjelaskan, resipi kejayaan Xiaomi adalah sentiasa mempunyai hubungan simbiotik dengan peminatnya melalui komuniti Mi.

"Komuniti itu membolehkan peminat dan kakitangan Xiaomi berinteraksi dalam pelbagai saluran untuk menggalakkan maklum balas dan penyertaan terbuka.

"Xiaomi juga berusaha untuk berinovasi. Sebagai syarikat yang didorong oleh komuniti, moto kami adalah 'inovasi untuk semua orang'. Falsafah perniagaan ini telah membantu kami menjadi pemain global utama dalam industri teknologi,” ujarnya.

PRESTASI Redmi Note 8 dikuasakan dengan chipset MediaTek Helio G90T terkini, CPU octa-core mencecah sehingga 2.05GHz.

Idea baharu

Memahami perubahan industri gajet seiring kepantasan teknologi, Allen tidak menafikan pihaknya berusaha untuk mencipta idea baharu bagi meningkatkan taraf teknologi mudah alih.

"Dengan landskap yang sentiasa berdaya saing dan trend telefon pintar yang sentiasa berubah, Xiaomi bersedia dengan pendekatan baharu yang segar tanpa meminggirkan teras kepercayaan peminat.

"Xiaomi dengan penuh komitmen akan terus mencipta produk pintar dengan harga mampu milik dengan ciri-ciri utama pada masa akan datang,” katanya.

Selepas melancarkan varian Mi 9T Pro pada Ogos lalu, Xiaomi terus mengorak langkah memperkenalkan sebuah peranti pintar baharu, Redmi Note 8 yang memiliki lensa kamera utama 64 mega piksel (mp) pertama di dunia.

Menurut Allen, pihaknya cukup bangga apabila dapat memperkenalkan Redmi Note 8 Pro kepada pengguna di negara ini selepas pelancaran di China baru-baru ini.

"Pelancaran ini adalah peristiwa cukup penting bagi pasaran di Malaysia dan kami tidak mungkin dapat mencapai kejayaan ini tanpa sokongan padu pengguna.

"Pada masa yang sama, Redmi Note 8 yang baharu juga akan memberi pengguna lebih banyak pilihan dalam memilih telefon pintar Xiaomi kegemaran selain produk audio yang diperkenalkan juga adalah sahabat sempurna kepada siri Redmi Note 8,” katanya.

Bukan sahaja memiliki sensor Samsung GW1 terkini, Redmi Note 8 Pro turut dilengkapi dengan teknologi ISOCELL Plus dengan kamera belakang berupaya mengambil foto berkualiti setinggi 3.26 meter.

CORNING Gorilla Glass 5 pada kedua bahagian hadapan dan belakang bagi melindungi kesan hentakan.

ANEKDOT

SPESIFIKASI lain Redmi Note 8 Pro: