Polis kesan saksi penting kes perbicaraan di mahkamah

Iklan
Polis mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai Azizi Abu Bakar, 34.

KAJANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merupakan saksi penting dalam satu kes perbicaraan di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Azizi Abu Bakar, 34, alamat terakhir di Seri Kembangan.

Iklan
Iklan

"Kita memerlukan bantuan orang ramai untuk mengesan individu ini atau individu ini sendiri tampil ke Mahkamah Sesyen Kajang bagi membantu kes perbicaraan,” katanya melalui kenyataan media tadi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat individu berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nur Nadia Jamallulai di talian 0102394279.

Iklan
Iklan