Ugutan bunuh: Salahuddin terima surat permohonan maaf
Iklan
Salahuddin menunjukkan surat permohonan maaf yang dikirim suspek kepada pembantu peribadinya melalui pihak polis.
MUAR - Adun Simpang Jeram, Datuk Salahuddin Ayub, mendedahkan individu yang membuat ugutan bunuh terhadap beliau dan pembantunya bulan lalu telah memohon maaf.
Menurutnya, suspek membuat permohonan maaf secara terbuka melalui surat bertarikh semalam yang diserahkan kepada pembantu peribadinya, Huridin Samuri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Iklan
Iklan
"Pada hari ini, saya telah menerima satu surat bertarikh 3 Januari daripada suspek berkenaan di mana dalam surat ini telah memaklumkan bahawa dia secara seikhlas hati memohon maaf di atas apa yang telah dilakukannya iaitu mengugut saya.
"Dan dia juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. Setelah meneliti kandungan surat ini selain mengambil kira nasihat peguam, maka saya dengan ini menerima permohonan maaf beliau,” katanya.
Iklan
Terdahulu, beliau ditemui ketika mengadakan lawatan di dua buah Pusat Jagaan Warga Emas bagi masyakat Tiong Hua di Sungai Abong di sini.
Mengulas lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai bagaimanapun menyerahkan tindakan seterusnya kepada pihak berkuasa.
Iklan
"Dia telah mohon maaf secara terbuka maka saya secara peribadi memaafkan dia, namun apa jua tindakan seterusnya terhadap perbuatan itu, saya serahkan kepada pihak polis.
"Sebelum ini, saya telah berbincang dengan peguam dan beliau menasihatkan bahawa sekiranya ada surat permohonan maaf secara rasmi yang juga dimaklumkan kepada pihak polis, maka saya boleh membuat pilihan untuk memaafkan, dan itulah yang saya lakukan,” katanya.
Pada 2 Disember lalu, Salahuddin dan pembantunya diugut bunuh apabila suspek meletakkan bangkai seekor anak lembu bersama nota ugutan bunuh di pekarangan Pusat Khidmat Dun Simpang Jeram.
Menurut sumber, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati apabila permohonannya yang mahu menukar lot tanah bagi lembu ternakannya tidak mendapat perhatian.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>