Lelaki dipenjara lima tahun miliki parang, pedang

Iklan
Badrul Hisyam dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana memiliki parang dan pedang.

KUALA TERENGGANU - Padah memiliki parang dan pedang, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Hakim, Wan Azimah Yaacob menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Badrul Hisyam Zakari, 23, selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

Iklan
Iklan

Wan Azimah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh sabitan.

Berdasarkan pertuduhan, dia didapati memiliki sebilah parang dan sebilah pedang berserta sarung ketika berada di tempat letak kereta di sebuah hotel, di sini pada 7 November 2018, kira-kira jam 7.50 malam.

Iklan

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh diwakili peguam, Holy Isaac dari Isaacs & Isaacs.

Mengikut fakta kes, polis telah menahannya berkait satu kes lain, namun sewaktu pemeriksaan terhadapnya dilakukan, polis telah menjumpai sebilah parang, sebilah pedang berserta sarungnya.

Iklan

Sementara itu di mahkamah sama, tertuduh turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang masih dalam perbicaraan.