Demonstrasi di luar Parlimen desak selesai isu sawit
Iklan
Ismail menerima memorandum daripada lebih 100 peneroka dan pekebun kecil di pintu masuk Parlimen hari ini. - Foto Facebook Ismail Sabri
KUALA LUMPUR - Lebih 100 peneroka dan pekebun kecil mengadakan demonstrasi di pintu masuk Parlimen hari ini sebelum menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Demonstrasi itu dianjurkan Jawatankuasa Pembela Kebajikan Peneroka dan Pekebun Kecil Pemuda UMNO, Pertubuhan Kebajikan Warga Felda Malaysia dan Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan.
Iklan
Iklan
Ismail Sabri berkata, kumpulan terbabit mendesak agar Kementerian Industri Utama memaklumkan pelan strategik pengukuhan harga sawit, pasaran dan eksport harga sawit.
Menurutnya, kerajaan juga diminta menyatakan langkah segera yang diambil dalam menguruskan krisis sekiranya India mengambil langkah mengurangkan atau memberhentikan import sawit dari Malaysia.
Iklan
Katanya, peneroka dan pekebun kecil itu juga meminta peruntukan khusus bagi membantu meringankan beban ditanggung mereka, susulan harga minyak sawit terus jatuh ke aras terendah.
"Mereka juga mahu tanam semula sawit diberikan kepada pekebun kecil menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)," katanya pada sidang media selepas menerima memorandum daripada wakil peneroka dan pekebun kecil berkenaan.
Iklan
Satu salinan memorandum berkenaan turut diserahkan kepada wakil kepada Menteri Industri Utama, Teresa Kok.
Sementara itu, Teresa menyifatkan ahli Parlimen pembangkang yang membawa kumpulan pekebun kecil dan peneroka Felda berdemonstrasi di hadapan masuk Parlimen itu disifatkan sebagai ‘kurang cerdik’.
Teresa berkata, beliau pelik dengan protes aman menuntut pembelaan kepada peneroka dan pekebun kecil sawit itu kerana harga sawit ketika ini sudah meningkat.
Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang tiada kaitan isu dakwah, sebaliknya susulan aduan orang awam berhubung pemasangan kanopi di lokasi berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan, pasukan penguat kuasa DBKL turun ke tapak untuk meninjau keadaan termasuk dakwaan berlakunya vandalisme.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769533/berita/nasional/tindakan-dbkl-terhadap-street-dakwah-susulan-aduan-kanopi-bukan-isu-dakwah---hannah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.