Asing troli barang halal, tak halal di pasar raya: PPMM
Iklan
Che Hassan (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian ahli PPMM di Hotel Seri Malaysia Ahad lalu.
ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) menggesa supaya troli diasingkan untuk barangan halal dan tidak halal di pasar raya dilakukan segera.
Presiden PPMM, Lt Col (H) Che Hassan Che Johan berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada pengguna yang mendakwa kurang selesa menggunakan troli sama untuk barangan berkenaan di pasar raya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ada pengguna membuat aduan PPMM memaklumkan ketidakselesaan mereka apabila terpaksa menggunakan troli sama untuk barangan halal dan tidak halal ketika membeli- belah.
"Antara aduan kami terima ialah pengguna mengadu melihat barangan tidak halal diletakkan dalam troli sebelum digunakan pengguna lain untuk meletakkan barangan halal.
Iklan
"Bagaimanapun cadangan berkenaan bukan bermakna kita ingin menyusahkan pengguna sebaliknya ia demi keselesaan pengguna ketika membeli barangan," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Malah kata beliau cadangan berkenaan diberikan demi memastikan pengguna Muslim tidak berdepan risiko tersentuh sisa-sisa barangan tidak halal.
Iklan
Che Hassan berkata, isu penggunaan troli berkenaan nampak mudah, bagaimanapun ia sebenarnya amat penting memandangkan melibatkan halal haram sesuatu benda.
Sehubungan itu, katanya, PPMM menyeru supaya saranan pengasingan troli berkenaan dapat diberi perhatian demi menghormati hak orang Islam.
Dalam perkembangan lain Che Hassan berkata, pihaknya sememangnya menitik berat soal benda halal, sekaligus sentiasa memperjuangkan isu-isu sedemikian.
Beliau berkata, ada kes diterima PPMM berhubung pembuatan ikan dan udang kering yang diragui halal dan kebersihannya sedangkan ia banyak dibeli orang Islam.
Justeru katanya, beliau menyeru orang awam supaya tidak lalai dalam soal halal haram sesuatu benda sebaliknya sentiasa menjadikan perkara itu sebagai peringatan.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.