Dulu Tok Mat GST, kini Tok Mat pantun, kata Ahmad Maslan

Iklan
Paparan Twitter rasmi beliau.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan terkenal gelagat dengan nukilan pantunnya.

Terbaharu, beliau mencipta pantun sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bagi menghangatkan suasana kempen PRK itu sendiri.

Iklan
Iklan

Pantun empat kerat itu adalah:

Anak kota duduk sepakat,

Iklan

Tidak terbuai dengan cubaan,

Calon kita prihatin rakyat,

Iklan

Tanjung Piai BN tawan

Video amatur durasi 45 saat itu dimuat naik di Twitter rasminya ketika menghadiri persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sehingga kini video itu meraih lebih 1,200 tontonan daripada netizen.

Beliau juga sempat berseloroh dengan menyatakan dahulunya beliau digelar Tok Mat GST kini orang memanggilnya Tok Mat pantun.

Bukan itu sahaja, beliau juga sempat menghasilkan pantun dua kerat untuk memberi kata-kata semangat buat jentera PRK yang tanpa kenal erti penat bagi memastikan kemenangan BN di kawasan tersebut.

Pantun dua kerat itu adalah:

Bawang merah, bawang putih

Jangan marah, walau letih

Perkongsian video itu pantas menarik perhatian wargnet yang menyifatkan beliau seorang yang kelakar dan pelawak.

"Hahahaa, terhibur aku," ciap @lokmanhadri

Kata @uthmanshamsul22,"Awak sungguh kelakar," ciapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah saingan enam penjuru di Tanjung Piai