Singapura larang skuter elektrik di laluan pejalan kaki

Iklan
Penunggang skuter elektrik ditahan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura di Geylang. - Foto LTA Singapura

SINGAPURA - Kerajaan Singapura melarang penggunaan skuter elektrik di laluan pejalan kaki mulai esok dan pesalah boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda 2,000 dolar Singapura (RM6,124).

Ia hanya dibenarkan melalui laluan basikal dan rangkaian penyambung taman meskipun peranti itu masih diharamkan di jalan raya.

Iklan
Iklan

Sepanjang tempoh percubaan sehingga 31 Disember, pengguna akan diberi amaran bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan peraturan baharu tersebut.

"Bermula 1 Januari 2020, kami akan menjalankan penguatkuasaan yang ketat dan sesiapa yang menunggang skuter elektrik di laluan pejalan kaki akan dihukum," jelas Menteri Kanan Pengangkutan, Lam Pin Min di Parlimen semalam.

Iklan
Iklan

Larangan bagaimanapun tidak tertakluk kepada basikal atau bantuan mobiliti peribadi seperti kerusi roda bermotor atau skuter mobiliti. - Agensi