[VIDEO] Anjing hampir jadi 'santapan' warga asing

Iklan
Paparan video amatur yang tular di media sosial.

KLANG - [VIDEO] Seorang lelaki diangkat sebagai hero oleh pencinta haiwan apabila berjaya menyelamatkan seekor anjing daripada dijadikan 'santapan' kepada warga asing.

Menerusi perkongsian di Facebook Anuar Nekmat, dia dikatakan baru pulang dari berniaga dan menghala ke Bandar Klang.

Iklan
Iklan

Dalam perjalanan itu dia melihat seorang lelaki warganegara Vietnam sedang mengikat seekor anjing sebelum diseret menggunakan basikal.

"Aku ikut dan tengok macam lain je, sekali aku tanya, siapa pemilik anjing itu dan lelaki menjawab memang dia punya.

Iklan

Anuar turut menasihatkan kepada pemilik haiwan agar memelihara haiwan mereka dengan sebaiknya kerana bimbang perkara sedemikian berulang kembali.

Dia turut memuat naik video berdurasi tiga minit itu di Facebook sebelum tular di laman sosial.

Iklan

Pada hantaran sama, netizen dan pencinta haiwan mengucapkan terima kasih kerana berjaya menyelamatkan anjing tersebut.

"Terima kasih sebab dah selamatkan anjing itu, hari itu kawasan rumah saya mereka kutip kucing nasib baik tau cepat minta bantuan polis untuk ronda kawasan rumah setiap malam," tulis Anne Radzi.

Kata Jeslie,"Anuar Nekmat Bravo! Orang yang macam kau mesti dapat rezeki dari ALLAH."