Terlalu banyak birokrasi
Iklan
Suasana di PPS di Pangsapuri Puri Aiyu yang menempatkan penduduk setempat mangsa banjir dan sebahagian besar orang awam yang terkandas akibat banjir kilat yang berlaku di Batu 3, Lebuhraya Persekutuan akibat limpahan air dari Sungai Damansara ketika tinjauan pada 19 Disember lalu. - Foto Bernama
AWANG terkejut baca berita seorang menteri berkata, mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang tidak didaftarkan tidak boleh dapat bantuan termasuk keperluan asas dan makanan.
Masya-ALLAH, dalam keadaan rakyat tersepit dan menderita pun nak berkira sangatkah? Awang percaya pihak yang membawa mereka ke situ tak fikir pun itu PPS berdaftar atau tidak, nyawa rakyat lebih penting.