Protokol pengurusan bencana
Iklan
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan giat melakukan penghantaran bantuan keperluan harian menggunakan bot berikutan tidak dapat menggunakan jambatan selepas runtuh susulan kejadian banjir yang melanda di Kampung Bemban, Simpang Durian beberapa hari lepas, ketika tinjauan pada Khamis. - Foto Bernama
Jambatan Kampung Bemban runtuh berikutan banjir melanda beberapa hari lalu merupakan laluan utama sekitar 200 penduduk tersebut ke kampung yang lain.
-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
SABTU lalu, dua peristiwa besar dicatat dalam lembaran sejarah negara.
Tanggal 18 Disember menyaksikan kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam sejarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Namun, kisah itu pantas tenggelam dek musibah banjir yang melanda negara.