Selangor perlu kolam bawah tanah
Iklan
Beberapa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu membawa keluar mangsa-mangsa banjir menggunakan bot ketika tinjauan di Taman Seri Muda Seksyen 25 pada Selasa. - Foto Bernama
Umpama empangan bawah tanah mampu manfaatkan penduduk dan dilengkapi sensor keselamatan
HUJAN tanpa henti sejak Jumaat hingga Ahad di Selangor mengakibatkan beberapa lokasi banjir besar seperti Shah Alam, Klang dan Hulu Langat menimbulkan tanda tanya apa yang perlu dilakukan seupaya tragedi sama tidak berulang.
Sesetengah pihak berpendapat perlunya pembinaan terowong seperti Terowong SMART yang berfungsi mencegah banjir kilat dan mengurangkan kesesakan trafik seperti di Kuala Lumpur.