Seruan 'khemah besar' pembangkang usaha kembalikan pengaruh Tun M?
Iklan
Polemik pembentukan 'khemah besar' pembangkang yang dikaitkan sebagai usaha mengembalikan pengaruh Dr Mahathir bagi menghimpit PH, kini menimbulkan rasa kurang senang sebahagian pemimpin koalisi itu sendiri.
Minggu lalu, Parti Warisan (Warisan) pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal secara rasminya sudah melebarkan sayap parti itu ke semenanjung Malaysia.
Bekas parti lokal daripada Sabah itu berkeyakinan mampu menjanjikan peralihan wadah perjuangan politik penduduk semenanjung yang selama ini terikat dengan parti berasaskan perkauman dan agama, kepada politik kepelbagaian kaum dan agama.