Yang sibuk, yang cuti
Iklan
Ismail Sabri Yaakob pada pertemuan bersama para pengamal media selepas melawat mangsa-mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar daerah Bera. -Foto Bernama
AWANG memang tak setuju VIP sibuk melawat kawasan terjejas. Buat apa datang apabila air dah reda dan keadaan beransur pulih? Di manakah mereka apabila rakyat tersadai berjam-jam dalam cemas dan takut?
Daripada gunakan tenaga dan aset bawa VIP lebih baik salurkan untuk selamatkan mangsa. Apabila PM melawat kawasan banjir misalnya, semua orang nak tunjuk muka, berhimpit-himpit macam pesta pula. Tak ada siapa yang peduli SOP kalau tengok dalam video.