Semua tertidur lena!
Iklan
Mangsa-mangsa banjir di Taman Seri Muda Seksyen 25 mengambil barang keperluan berikutan banjir yang masih belum surut sepenuhnya pada Selasa. - Foto Bernama
APA yang berlaku pada hari Sabtu dan Ahad minggu lepas memang cukup memeranjatkan. Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di banyak negeri. Tapi yang paling teruk adalah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Banyak yang terperangkap di jalan dan kediaman masing-masing. Ada cerita mereka duduk di bumbung dalam sejuk dan gelap.
Banyak cerita sedih, ngeri dan cemas kita dengar dalam kalangan mereka yang terperangkap. Walaupun begitu, semangat rakyat Malaysia hebat sekali. Mereka bantu sama sendiri, tak kira kaum. Rakyat gunakan media sosial dengan cukup berkesan. Rakyat Malaysia nampaknya amalkan #kitabantukita apabila pelbagai agensi pihak berkuasa masih tidur lena.