Mesej daripada kemenangan luar biasa GPS
Iklan
Abang Johari (tengah) yang juga Pengerusi GPS berucap ketika bersama pimpinan tertinggi parti meraikan kemenangan selepas GPS memenangi PRN Sarawak ke-12 dengan jumlah kerusi melebihi majoriti mudah di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini, malam ini. - Foto Bernama
KEJAYAAN Gabungan Parti Sarawak menang di 76 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 Sabtu lalu, bukan hanya satu kemenangan luar biasa dan bersejarah, malah bagaikan memberi satu mesej kepada parti-parti politik.
Kemenangan itu adalah bukan hanya terbesar dalam sejarah diperoleh parti pemerintah sejak PRN Sarawak pertama diadakan kira-kira 52 tahun lalu, malah mengatasi rekod cemerlang dicipta semasa Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan di era Tun Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri, sebelum ini.