Petunjuk prestasi yang mengecewakan
Iklan
Tiga program utama yang menonjol adalah, pertama, perolehan kapal Litoral Combat Ship (LCS) atau kapal tempur pesisir pantai untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
APABILA Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kabinet pada 27 Ogos lalu, beliau telah menetapkan agar setiap kementerian membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.
Menurut beliau lagi, barisan kabinet perlu membuat perancangan jangka pendek dan panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan dengan berorientasikan tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah selain mengembalikan semula keyakinan rakyat.