Kos kerosakan dianggar cecah ratusan juta
Iklan
Buang Abdul Basir, 67, (kanan) dibantu anak-anaknya mengeluarkan perabot dan perkakas rumah yang rosak di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam pada Ahad.
SHAH ALAM - Kerosakan akibat banjir yang melanda seluruh negara sejak Jumaat dianggar mencecah ratusan juta ringgit.
Presiden Malaysian Relief Agency (MRA), Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, anggaran itu mengambil kira kepadatan penduduk terutama di Lembah Klang selain skala banjir kali ini yang menjejaskan lebih banyak kawasan.