Samun: Polis buru empat lelaki

Iklan

BATU PAHAT - Polis sedang memburu empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun di sebuah hotel bajet, di Ayer Hitam, di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Razali Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pada 6.20 pagi daripada orang awam yang menyatakan terdapatnya kes samun membabitkan seorang mangsa wanita dan seorang lelaki yang bertugas di kaunter Hotel 7 Day’s Express.

Iklan
Iklan

"Ketika kejadian mangsa terdengar bunyi loceng pintu masuk hotel dan terus membukanya, namun sebaik membuka pintu seorang suspek terus mengacukan parang ke leher mangsa serta merentap rantai yang dipakainya.

"Dua lagi rakan suspek terus meluru masuk ke dalam hotel dan menyamun, selain seorang lagi menunggu di luar hotel,” katanya.

Iklan

Katanya, beberapa barangan dilarikan suspek termasuk sebuah motosikal berwarna biru jenis Yamaha 125Z, satu unit televisyen LCD 32 inci jenama Sharp dan wang tunai RM350.

Mangsa wanita turut membuat laporan dicabul oleh seorang daripada suspek, susulan itu, pihak polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat dan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes samun ini untuk tampil memberi maklumat.

Iklan

Sebarang laporan atau maklumat boleh dilakukan di balai polis yang berhampiran atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat iaitu 07-434 999. - Bernama