Pejuang pertimbang tawaran kerjasama
Iklan
Selain tawaran kerjasama daripada Warisan, Pejuang yang diterajui bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sedang mempertimbangkan tawaran kerjasama politik daripada beberapa parti pembangkang.
SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanahairku (Pejuang) mengakui parti itu masih mempertimbangkan tawaran kerjasama daripada beberapa parti pembangkang lain selain Parti Warisan (Warisan) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata, pihaknya buat masa ini masih terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, asalkan parti-parti berkenaan bersetuju dengan ideologi perjuangan Pejuang dalam menentang rasuah dan amalan kleptokrasi di negara ini.