Ini ramalan pakar beberapa jam sebelum pengundian di Sarawak
Iklan
Dengan pintu pusat pengundian di Sarawak dijangka dibuka tidak sampai 24 jam, GPS dilihat masih sukar dicabar parti-parti pembangkang.
GPS bakal menang besar, calon heavyweight Baru Bian, bekas Datuk Bandar Kuching dijangka tewas
SHAH ALAM - Biarpun tempoh kempen masih berbaki beberapa jam sebelum tamat sepenuhnya pada jam 11.59 malam ini, namun penganalisis dan pemerhati politik sudah meramalkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengekalkan status quo dengan menang lebih lebih 70 daripada 82 kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 kali ini.
Berikutan itu, GPS diramalkan tidak akan berdepan laluan sukar untuk menang lebih dua pertiga kerusi DUN dan kembali membentuk kerajaan negeri selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan penuh PRN Sarawak, malam esok.