Sungai Perak, Sungai Johor diancam ikan asing
Iklan
Ikan-ikan asing yang merupakan pemangsa dan berada pada hierarki teratas akan mengancam hidupan lain apabila ia dilepaskan di sungai-sungai.
SHAH ALAM - Undang-undang dan penguatkuasaan perlu selaras dan serius dalam membendung masalah pencerobohan ikan pendatang bagi terus menyelamatkan spesies ikan tempatan.
Pengkaji bebas, Mohd Ilham Norhakim Lokman berkata, pencerobohan ikan pendatang memberi impak negatif dan masalah besar kepada spesies tempatan.