Kontroversi kompaun sampai RM1 juta
Iklan
Pindaan Akta 342 akan dimurnikan terlebih dahulu sebelum ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat.
SHAH ALAM - Pakar kesihatan awam berpendapat Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang mengenakan kompaun lebih berat untuk kesalahan Covid-19 sehingga mencecah RM1 juta wajar disemak semula.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, terdapat beberapa perkara di dalam pindaan Akta 342 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dipersetujui oleh pihaknya seperti kadar denda yang dikenakan, penggunaan kekerasan, pemberian kuasa kepada Ketua Pengarah dan sebagainya.
Zainal Ariffin Omar