Perubahan iklim punca puting beliung mega di AS?
Iklan
Puting beliung mega memusnahkan banyak harta benda penduduk di Amerika Syarikat baru-baru ini. - Foto AFP
ADAKAH perubahan iklim menjadi dalang kejadian puting beliung yang dipercayai mengorbankan ratusan orang dan menyebabkan kemusnahan di lebih empat buah negeri di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini?
Suhu lebih tinggi mungkin mewujudkan keadaan yang lebih baik untuk ribut ganas itu tetapi buat masa ini, para saintis tetap berhati-hati dalam membuat hubungan secara langsung dengan puting beliung itu.