Ikan pendatang ‘kawal’ sungai kita
Iklan
Seorang pemancing menunjukkan ikan pendatang spesies peacok bass yang dikatakan semakin banyak di tasik dan lombong di seluruh negara. (Gambar kecil: Ridzuan)
SHAH ALAM - Ekosistem sungai dan tasik dalam negara kian kritikal akibat pencerobohan ikan pendatang yang mengancam habitat asal.
Mantan Presiden Persatuan Memancing Malaysia (PeMM), Ridzuan Ghazali berkata, kebanyakan ikan pendatang adalah spesies pemangsa dan pelahap terutamanya bagi spesies peacock bass.