Siswa UM kumpul RM150,000 main FIFA
Iklan
Muhamad Luqman ketika di Manchester untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan FIFA.
Muhamad Luqman bukan sahaja menjadi pemain FIFA nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut, malah mewakili negara hingga ke Barcelona dan Manchester
SHAH ALAM - Siapa sangka dengan hanya bermain permainan digital bola sepak FIFA, seorang atlet sukan elektronik meraih pendapatan sehingga RM80,000 setahun dengan hanya memenangi kejohanan e-sukan yang disertainya.
Malah sepanjang empat tahun Muhamad Luqman Haziq Hajiman, 24, bergelar pemain profesional FIFA, dia telah meraih wang kejohanan sebanyak RM150,000.