'Usul cepatkan PRU15, ghairah hendak jadi calon sangatkah?'
Iklan
Persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 tidak sewajarnya dijadikan medan perwakilan parti menuntut pelaksanaan PRU15 pada saat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah daripada UMNO. (Gambar kecil: Nazri)
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menempelak segelintir pemimpin UMNO menuntut Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal dengan menyifatkan kelompok ini sebagai ghairah dan 'geli' hendak menjadi calon pilihan raya.
Jelas Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas itu, kelompok pemimpin UMNO berkenaan juga perlu cermin diri dahulu dan menilai sama ada mereka mempunyai kekuatan dan pengaruh untuk menang sebagai calon PRU15 kerana majoriti golongan ini pernah kalah pada PRU14.