Pakar kesihatan saran tidak lebih 2 jam sehari
Iklan
Pakar menyarankan penggunaan gajet pada dewasa dan kanak-kanak berumur lima tahun ke atas adalah tidak melebihi dua jam sehari. -Foto 123rf
CVS merujuk kepada sindrom berkaitan penglihatan disebabkan penggunaan gajet yang berpanjangan melebihi dua jam sehari.
SHAH ALAM - Penggunaan gajet adalah satu keperluan terutama ketika negara menuju Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan teknologi 5G.
Namun, ia menyebabkan seseorang menghabiskan masa berjam-jam sehari memandang paparan skrin telefon atau komputer.