Jadi jutawan dengan main game
Iklan
Pelbagai kejohanan e-sport kini menawarkan hadiah jutaan ringgit apabila mendapat tajaan pelbagai syarikat gergasi.
Permainan e-sport kini menjadi kerjaya profesional dengan pendapatan bulanan yang lumayan
SHAH ALAM - Sukan elektronik (e-sukan) di Malaysia kini bukan lagi sekadar hobi, malah sudah menjadi satu kerjaya sukan sehingga telah melahirkan ramai pemain muda yang berjaya di peringkat antarabangsa sehingga ada yang bergelar jutawan.
Malah, menariknya permainan e-sukan kini sudah menjadi satu kerjaya profesional apabila pemain-pemain boleh meraih pendapatan ribuan ringgit sebulan.