Enam kementerian perlu lebih proaktif
Iklan
Ahmad Faizal berdepan kekangan untuk mewujudkan inisiatif baharu yang boleh melonjakkan nama kementerian pada mata rakyat
DALAM siri keempat 100 hari petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian-kementerian, Sinar Premium bersama dua badan penyelidik bebas, Ilham Centre dan O2 Research menilai prestasi enam lagi kementerian di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Keenam-enam kementerian ini berada dalam prestasi memuaskan dan perlu lebih proaktif menggembleng aktiviti bagi mencapai KPI ditetapkan.