Persepsi umum dan penilaian awam
Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Perasmian 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Foto Bernama
KHAMIS lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan laporan 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) kepada umum.
Di sebalik ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial yang dihadapi negara ketika pandemik, beliau mengumumkan AKM berjaya memperlihatkan kejayaan dengan mencatat 90 peratus kadar keberhasilan daripada kesemua kementerian.