Wujudkan ‘unit perisik’ di sekolah atasi buli
Iklan
Tangkap layar video tular berkenaan kes buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Perak. (Gambar kecil: Zalmizy)
SHAH ALAM - Pakar Kriminologi, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) Universiti Utara Malaysia, Sintok, Dr Zalmizy Hussin mencadangkan unit risikan diwujudkan di sekolah dan asrama bagi memantau pergerakan, tingkah laku aktiviti seharian pelajar.
Jelas beliau, pihak sekolah melalui guru disiplin secara sulit dicadangkan merekrut pelajar yang berkelayakan bagi menggalas tugas sebagai perisik sekolah.